GERAN USAHAWAN PERAK GeRUP:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

GERAN USAHAWAN PERAK GeRUP:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

GERAN USAHAWAN PERAK GeRUP

APA ITU GeRUP

Geran Usahawan Perak (GeRUP) merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk membantu PKS Bumiputera di Negeri Perak memulakan semula perniagaan masing-masing selepas mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19

Kepada yang telah membuat permohonan GKP 2.0 sebanyak RM3,000,anda akan menerima BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER jika layak.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN GeRUP

  • Warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti syarikat dimiliki Bumiputera
  • Perniagaan beroperasi di Negeri Perak
  • Memenuhi definasi PKS Mikro iaitu jumlah nilai jualan tidak melebihi RM300,000 setahun atau pekerja kurang daripada 5 orang;
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020
  • Keutamaan diberikan kepada PKS yang tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan
  • Berdaftar atau diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/ Jabatan (24 agensi pembimbing)
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

CARA PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK GeRUP

Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan melayari https://gerup.smecorp.gov.my

TARIKH PEMBAYARAN GeRUP

Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 1 September 2020.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GeRUP

Permohonan berjaya dihantar apabila satu “pop-up” memaparkan “Maklumat Berjaya Disimpan” setelah pemohon menekan butang “Hantar” permohonan.

Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel yang telah didaftarkan dan juga melalui sms selepas bulan September 2020.

Sekiranya permohon tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 3 bulan, permohonan dianggap tidak berjaya

SOAL LAZIM GeRUP

Saya memiliki telefon pintar, tetapi saya tidak mahir membuat permohonan secara dalam talian ?

Bagi syarikat yang mempunyai kesukaran untuk membuat permohonan secara dalam talian, dinasihatkan agar berjumpa dengan Agensi Pembimbing PKS Negeri Perak untuk membuat permohonan

Baca tentang CARA PENDAFTARAN & PERMOHONAN RUMAH PERAKKU 2020

Saya tidak mempunyai telefon bimbit dan juga komputer. Bagaimanakah cara saya ingin membuat permohonan Geran Usahawan Perak (GeRUP) ?

Syarikat boleh hadir ke mana-mana pejabat agensi pembimbing untuk bantuan mengisi permohonan

Jika anda baru sahaja melahirkan anak, boleh mohon TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 sebanyak RM200

Saya tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan. Bagaimana saya hendak tentukan agensi pembimbing yang perlu dipilih ?

Anda boleh terus berhubung dengan SME Corp Malaysia pejabat Perak untuk menentukan agensi pembimbing

Bilakah permohonan Geran Usahawan Perak (GeRUP) ini ditutup ?

Permohonan ini akan ditutup pada 30 Julai 2020.

Saya adalah penjaja dan mempunyai lesen PBT. Bolehkah saya memohon Geran ini ?

Boleh jika anda memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan

Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin (GKP). Bolehkah sekiranya saya ingin mencuba memohon geran ini ?

Permohonan ini akan DITOLAK.

Baca tentang SENARAI BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK 2020

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Pertanyaan boleh dibuat dengan menghantar emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 05-529 1621

 

 

3 thoughts on “GERAN USAHAWAN PERAK GeRUP:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS”

Leave a Comment