PROGRAM SAYANGI RUMAHKU:Permohonan Bantuan Baik Pulih & Bina Baru Rumah (Borang)

PROGRAM SAYANGI RUMAHKU:Permohonan Bantuan Baik Pulih & Bina Baru Rumah (Borang)

PROGRAM SAYANGI RUMAHKU

Kepada penduduk di Negeri Perak sekiranya berkelayakan anda boleh memohon bantuan baik pulih atau bina baru rumah menerusi Program Sayangi Rumahku di bawah Yayasan Perak. Bagaimana cara memohon? Disini kami kongsikan cara permohonan, semoga membantu

 

APA ITU PROGRAM SAYANGI RUMAHKU

Program Sayangi Rumahku ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latar belakang mereka.

Konsep Sayangi Rumahku ini ialah  bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada baik pulih atau bina baru rumah. Sasaran program ini adalah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak yang berdaftar dengan sistem ekasih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

KATEGORI SAYANGI RUMAHKU

Program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Baik Pulih Rumah
    • Bantuan akan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah namun mempunyai mereka masalah ekonomi untuk membaiki rumah mereka.
    • Skop bantuan Baik Pulih Rumah pula hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk, kerja-kerja membina atau baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj, perigi dan lain-lain lagi.
  2. Bina Baru Rumah
    • Bantuan diberikan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur, tidak selamat diduduki atau mereka mempunyai masalah dari aspek ekonomi.
    • Bantuan Bina Baru Rumah terbahagi kepada 3 jenis rumah iaitu:
      • Bina Baru 1 Bilik
      • Bina Baru 2 Bilik
      • Bina Baru 3 Bilik

 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SAYANGI RUMAHKU

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan Pemohon bagi memohon Program Sayangi Rumahku, iaitu:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan berkahwin.
  • Pemohon berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak.
  • Pemohon berdaftar di dalam e-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu atau Ketua Kampung.
  • Status tanah kediaman pemohon adalah hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baru).
  • Pemohon belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain.
  • Status pemilikan rumah adalah rumah sendiri (bagi permohonan Baik Pulih)

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan pasangan/waris dan tanggungan.
  • Penyata pendapatan pemohon.
  • Penyata pendapatan pasangan/waris.
  • Surat akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.
  • Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM SAYANGI RUMAHKU

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah caranya:

  1. Dapatkan borang permohonan Program Sayangi Rumahku secara percuma di:
    • Pejabat Yayasan Perak
    • Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)
    • Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
    • Pejabat Daerah atau Pejabat Penghulu
    • Muat Turun borang DI SINI
  2.  Isi maklumat di dalam borang permohonan dengan betul dan lengkap.
  3. Dapatkan perakuan dan pengesahan daripada:
    • Ketua Kampung
    • Penghulu
    • Ahli Parlimen/ADUN/Pemimpin Setempat
  4. Hantar borang permohonan yang lengkap dan dokumen yang diperlukan ke:
    • Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak), Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak, No 111, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Atau
    • Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan), No.26C, Persiaran Greentown 6, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh

  • Layari web rasmi Yayasan Perak di pautan yayasanperak.gov.my
  • hubungi pihak Yayasan Perak: 05-246 0998.

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH PERAKKU (Cara Daftar Permohonan & Semakan Status)

PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK:CARA & BORANG PERMOHONAN

BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK :PERMOHONAN RM700/RM300-1000 UNTUK MAHASISWA ANAK PERAK 2021

TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK: CARA & BORANG PERMOHONAN

Leave a Comment